𝐒𝐄𝐓𝐈𝐔, 13 Jun 2024 – Karnival Inovasi & Kreativiti Piala Yayasan Terengganu Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2024 telah berlangsung dengan penuh kejayaan di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu. Majlis perasmian penutupan karnival yang dianjurkan oleh Yayasan Terengganu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi, dan Pembangunan Insan, Yang Berhormat Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat.
Dengan penyertaan seramai 311 orang pelajar dari dalam dan luar Negeri Terengganu, karnival ini telah menjadi medan pembuktian bagi bakat-bakat inovatif di kalangan pelajar. Pertandingan yang dipertandingkan adalah Pertandingan Inovasi STEM, Pertandingan STEM Digital Content Using IPAD, dan Pertandingan Robot SUMO, menarik minat dan antusiasme para pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan kebolehan mereka dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik.
Program ini telah mendapat sokongan daripada rakan kerjasama strategik seperti SASBADI, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), dan Persatuan Pendidik Bestari Negeri Terengganu (T-CONFRA), yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan dan kualiti karnival ini.
Majlis perasmian penutupan turut dihadiri oleh Pengarah Yayasan Terengganu,Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu,Yang Berusaha Encik Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu,Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, dan Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Imtiaz) Encik Mohd Nazri bin Muda dalam memberikan sokongan dan penghargaan kepada para peserta.
Dalam ucapan penutup, Yang Berhormat Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan pemenang serta memberikan dorongan kepada mereka untuk terus berusaha dalam memperkukuhkan potensi diri dan membangunkan bakat masing-masing.
Majlis penutupan ini tidak hanya menandakan akhir kepada satu karnival yang berjaya, tetapi juga mewakili satu langkah ke hadapan dalam memupuk semangat inovasi dan kreativiti di kalangan generasi muda Terengganu, yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri ini pada masa akan datang.
#membangunilaimerintiskejayaan
#imtiazthebestschoolintheworld
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 26