09 Jun 2024 – Satu majlis penghargaan telah diadakan bagi meraikan warga Yayasan Terengganu yang bertungkus lumus bagi pelaksanaan Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2023. Yayasan Terengganu telah menerima Anugerah Keselamatan Perlindungan Tahun 2023 (Cemerlang) dan Anugerah Perdana Keselamatan Perlindungan Tahun 2023 Kategori Badan Berkanun Terbaik daripada Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan Malaysia di dalam satu Konvensyen Keselamatan Perlindungan Tahun 2024 bertempat di Dewan Damar Sari, Putrajaya pada 28 Mei 2024.
Penghargaan ini bukan sekadar menjadi tanda penghargaan tetapi menjadi satu pengiktirafan terhadap dedikasi, ketekunan dan pencapaian menginspirasikan. Tahniah & Syabas kepada mereka yang terlibat.
Views: 7