𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨, 5 Jun – Yayasan Terengganu hari ini telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) bagi pelaksanaan “YT-TI 𝑌𝑜𝑢𝑛𝑔 𝑇𝑎𝑙𝑒𝑛𝑡 𝑆𝑐ℎ𝑜𝑙𝑎𝑟𝑠ℎ𝑖𝑝 𝑃𝑟𝑜𝑔𝑟𝑎𝑚𝑚𝑒”. Turut menyertai sesi menandatangani memorandum tersebut ialah TDM Berhad, EPIC Berhad, Ladang Rakyat Terengganu, Golden Pharos Berhad, serta Permodalan Terengganu Berhad.
Majlis pemeteraian perjanjian yang berlangsung di Tingkat 18, Wisma Darul Iman itu disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Yang Berhormat Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, dan Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Razali bin Che Ani. Kerjasama strategik di antara semua pihak terlibat ini dapat memperkayakan lagi bakat tempatan menerusi tajaan pendidikan kepada pelajar tempatan yang berkelayakan dari keluarga B40, sekaligus menyokong komitmen Kerajaan Negeri untuk membangunkan industri pendidikan dan pertumbuhan modal insan.
Melalui program ini, YT berharap dapat melahirkan lebih ramai graduan berkebolehan dari segi pelbagai sudut, masing-masing dapat menunjukkan kecekapan dan kebolehsuaian dalam merealisasikan potensi dan aspirasi kerjaya tersendiri.
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 12