𝗞𝗘𝗠𝗔𝗠𝗔𝗡, 04 Jun 2024- Yayasan Terengganu (YT) sertai reruai pameran pendidikan sempena Karnival Halatuju Peluang Pendidikan Lepasan SPM dan STPM Daerah Kemaman Tahun 2024 bertempat di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman.
Program tersebut merupakan anjuran Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Kemaman yang diadakan pada 3 Jun 2024 hingga 4 Jun 2024 bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
Pembukaan booth pameran tersebut adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar lepasan SPM dan STPM 2023 serta remaja yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 5