KUALA LUMPUR, 22 Mac – PERMATA Universiti Malaya dengan kerjasama Yayasan Terengganu hari ini telah menganjurkan satu Majlis Iftar PERMATA Universiti Malaya bertempat di Auditorium Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya.
Majlis yang dihadiri seramai 250 orang pelajar anak Terengganu ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah.
Turut hadir bersama, Pengarah Yayasan Terengganu, Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya, Yang Berusaha Profesor Dr. Sabri bin Musa serta pegawai-pegawai Yayasan Terengganu.
Views: 10