BESUT, 14 Jan – Pengarah YT, YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham hari ini meluangkan masa memberikan suntikan semangat kepada anak-anak pelajar Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu Besut (PPYTB) yang akan menduduki peperiksaan SPM 2023.
YBhg Dato’ Pengarah turut meluahkan rasa kagum dengan hasil keputusan yang baik pada peperiksaan percubaan SPM yang lepas serta kesungguhan anak-anak pelajar PPYTB dalam menghadapi persiapan untuk peperiksaan SPM yang akan datang.
Hadir bersama, Ketua Penolong Pengarah (Kutipan Balik Pinjaman) YT, Encik Mustafa bin Mat Amin, dan Penolong Pengarah (Pembangunan Pendidikan) YT, Cik Sharifah Nor Juairiah binti Syed Mahusin.
Views: 17