Lawatan ini diadakan dengan kerjasama PERSATUAN PENDIDIKAN BESTARI NEGERI TERENGGANU (T’CONFRA) selaku peneraju program Schoolwide Enrichment Model (SEM) di Negeri Terengganu.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan jaringan kolaborasi di peringkat antarabangsa melibatkan pelaksanaan program STEM sekaligus dapat meningkatkan penglibatan murid SM Imtiaz Yayasan Terengganu dalam bidang STEM.
Selain itu, hasil lawatan ini juga dapat memperkembangkan SM Imtiaz Yayasan Terengganu sebagai sebuah Sekolah Apple Distinguished Schools (ADS) serta meningkatkan pembangunan produk Inovasi pada masa akan datang selaras dengan hasrat menjadikan SM Imtiaz Yayasan Terengganu peneraju Pendigitalan Pendidikan yang unggul di Negeri Terengganu.
Views: 15