• info@yt.gov.my
  • +609-621 1800 / +609-621 1801

Berita Terkini

???????? ??????? ?????????? ????? ????????? ?? ??? ???? & ?????? ?????????? ?????? ?????? ?-????????? ????????? ?????? ?????????? (?????? ?-????)

????? ??????????, 24 Sept – Karnival Pelajar Terengganu Sifar Keciciran Ke IPT pada kali ini telah diadakan di Kuala Terengganu City Centre Mall (KTCC Mall). Karnival Pelajar Terengganu Sifar Keciciran Ke IPT 2023 ini merupakan program tahunan Yayasan Terengganu yang berperanan sebagai medium interaksi ataupun reach out bagi membolehkan para pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), ibubapa, komuniti pendidik serta masyarakat umum mendapatkan maklumat berkenaan peluang melanjutkan pengajian disamping pembiayaan pendidikan ditawarkan oleh institusi pengajian dan pusat kemahiran terlibat termasuk bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak Yayasan Terengganu.

380847540 695843332579204 8818154841414130833 n

382019737 695843142579223 8709037820897323962 n

Karnival yang disertai oleh 15 agensi pusat kemahiran dan pengajian negeri ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Yang Berhormat, Dato’ Haji Satiful Bahri bin Mamat. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Yang Berhormat, Ahmad Shah bin Muhamed dan Pengarah Yayasan Terengganu, YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham.
Karnival pada kali ini juga telah menyaksikan Majlis Pelancaran Portal Sistem e-KPTT yang merupakan Laman Sesawang “One Stop Centre” yang dirangka bagi menyelaras semua tawaran kursus pengajian yang terdapat pada semua institusi pengajian negeri dalam satu laman sesawang.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Yang Berhormat, Dato’ Haji Satiful Bahri Mamat, beliau berkata,”e-KPTT ini adalah manifestasi berterusan Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Terengganu dalam memastikan teknologi dimanfaatkan secara ekstensif bagi memudah serta meluaskan capaian akses terhadap semua maklumat kursus pengajian yang ditawarkan oleh IPT serta Pusat Kemahiran di bawah Kerajaan Negeri secara bersepadu”.
“Dengan pilihan 73 kursus pengajian dalam aliran akademik, kemahiran dan sijil profesional, bermula dari Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 sehinggalah Ijazah Sarjana Muda, ianya diharap dapat melonjakkan kemasukan jumlah pelajar ke institusi – institusi pengajian negeri ini disamping sebagai langkah strategik jangka panjang dalam menangani isu pelajar yang tidak mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian.” kata beliau ketika ucapan perasmian.
Karnival yang diadakan selama satu hari ini juga turut dihadiri wakil-wakil Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pengetua-pengetua Sekolah Menengah, Guru-guru serta pelajar-pelajar sekolah yang berdekatan.
===========================================
??????? : ????? ?????? | ?????@??.???.??
?????? : ?.????? ?????
Β© ???? ?????????? ???????? & ??????? | ??????? ??????????

Views: 7

Statistik Pelawat
155670
Users Today : 2
Users This Month : 2777
Users This Year : 155669
Total Users : 155670
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Pembayaran Atas Talian
maybank
cimb
bsn
rhb
jom pay
terengganu pay (tpay)
Penafian: Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Careline : +609-621 1800 / +609-621 1801
Faks : +609-623 2944
Emel : info@yt.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 10 ke atas
Β© Hakcipta Terpelihara 2024 . Portal Rasmi Yayasan Terengganu
Skip to content