KUALA LUMPUR, 21 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu dan juga selaku Pengerusi Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) telah berkenan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Terengganu (YT), Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), Terengganu Skills Developement Centre (TESDEC), dan Motordata Research Consortium Sdn Bhd (MRC Malaysia) bertempat di St. Regis Hotel, Kuala Lumpur hari ini.
Bagi pihak YT, MoU tersebut telah ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Yang Berhormat, Dato’ Haji Satiful Bahri bin Mamat, selaku Ahli Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah.
Mewakili YDSM pula, MoU tersebut telah ditandatangani oleh Y.Bhg Dato’ Hj Mohd Fadzli Yusof, selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah.
Bagi pihak TESDEC dan MRC Malaysia pula, masing-masing diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarah TESDEC, Yang Berhormat, Sulaiman bin Sulong, Ahli Lembaga Pengarah MRC Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Mohd Hilmey bin Mohd Taib.
Turut hadir ke majlis berkenaan, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Pengarah YT, YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC, Tuan Haji Mohamad Iskandar bin Mohamad, Ketua Pegawai Operasi MRC Malaysia, Puan Suzana binti Mohamad, Timbalan Pengurus Besar (Akademik & Latihan) TESDEC, Encik Mat Azam bin Husain, Timbalan Pengarah (Operasi) YT, Tuan Haji Megat Samsuddin bin Megat Yusof, Penolong Pengarah Kanan (Tajaan Luar Negara) YT, Encik Azwandi bin Mohamad, dan Penolong Pengarah Kanan (Komunikasi Korporat) YT, Encik Wan Hishamuddin bin Wan Suhaime.
===========================================
??????? : Aiman Syahmi | ?????@??.???.??
?????? : W.Ahmad Radzi
© ???? ?????????? ???????? & ??????? | ??????? ??????????
Views: 11