PUTRAJAYA, 10 Ogos – Delegasi Yayasan Terengganu yang diketuai oleh Pengarah, Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham & para pegawai Bahagian Penajaan mengadakan lawatan kunjung hormat ke atas Timbalan Ketua Pengarah, Kementerian Pendidikan Tinggi (Jabatan Pendidikan Tinggi), Yang Berbahagia Dato’ Prof. Dr. Norzaini binti Azman.
Turut hadir sama dalam kunjung hormat tersebut adalah Pengarah Bahagian Education Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Haji Shushili Azam bin Shuib.
Views: 1