Kunjungan Hormat Delegasi Kerajaan Negeri Terengganu diketuai oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, YB Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi serta para Pegawai Kanan Negeri ke Ezzaituna University, Tunisia.
Rombongan disambut oleh En. Abdul Latif Boazizi, Rektor Ezzaituna University dan Pegawai Kanan yang lain. Kunjungan turut disertai oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk menerajui sektor pendidikan negeri Terengganu.
Semoga kunjungan hormat ini akan membuahkan hasil yang bermanfaat kepada kedua-dua pihak dalam memartabatkan pendidikan terutamanya kepada anak negeri Terengganu, InsyaAllah.
Views: 2