KUALA LUMPUR, 12 Jan – Mesyuarat Suku Tahun Keempat Merangkap Mesyuarat Penutup Tahun 2022 Bagi Program Tunas Bridge Gemilang Asrama Yayasan Terengganu 2021 dan Peneraju Tunas Karisma Yayasan Terengganu yang diadakan di Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera kali ini telah disertai oleh Puan Sharifah Fatzhiyah binti Syed Ahmad, Ketua Penolong Pengarah (Penajaan) Yayasan Terengganu, Encik Mohd Nazri bin Muda, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Pendidikan) Yayasan Terengganu serta beberapa orang pegawai Yayasan Terengganu. Mesyuarat kali ini membincangkan mengenai dapatan/pelaporan pelaksanaan program bagi tahun 2022 dan juga pemakluman pelan perancangan bagi tahun 2023.
Program diteruskan lagi dengan Kunjungan Hormat YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu ke atas YBrs. Ts. Dr. Mohd Muzzammil bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Pertemuan ini juga bertujuan bagi membincangkan tentang perancangan dalam memajukan pendidikan anak-anak Terengganu. Turut hadir bersama YBrs. Tuan Haji Jaafar bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu.
Views: 3