• info@yt.gov.my
  • +609-621 1800 / +609-621 1801

Berita Terkini

LAWATAN PENGARAH KE SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU DUNGUN

DUNGUN, 12 DIS – Yayasan Terengganu yang diketuai oleh Pengarah Yayasan Terengganu, YBhg. Dato’ Mohd Azmi bin Mohamad Daham dan Ketua Penolong Pengarah (Projek & Pengurusan Harta) telah membuat satu lawatan ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun berhubung kerja menaiktaraf dan membaikpulih keperluan pelajar.

Lawatan turut disertai Timbalan Pengarah (Makro) UPEN, En.Wan Muhd Masyhum bin Wan Harujan, En.Wan Muhamad Sufian bin Wan Abdullah, Penolong Pengarah (Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi) dan wakil daripada JKR Dungun. Keperluan yang dibincangkan adalah melibatkan penyelenggaraan dan menaiktaraf bangunan-bangunan lain yang telah sediada seperti asrama, dewan makan dan blok akademik.

Seterusnya program diteruskan dengan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah dan Tanah Dungun yang disambut oleh Puan Rosnadhirah binti Ramli, Penolong Kanan Pentadbir Tanah (Pembangunan Tanah & Pelupusan). Perbincangan yang dibuat adalah berkenaan status tanah di SMIYT Dungun.

 

#yayasanterengganu

#keluargaYT

#membangunilaimerintiskejayaan

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

 

Views: 1

Statistik Pelawat
  • Online:
  • Hari ini:
  • Semalam:
  • Bulan ini:
  • Tahun ini:
  • Keseluruhan:
0
11
154
7452
40622
251969
logo yt
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Pembayaran Atas Talian
maybank
cimb
bsn
rhb
jom pay
terengganu pay (tpay)
Penafian: Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Careline : +609-621 1800 / +609-621 1801
Faks : +609-623 2944
Emel : info@yt.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 10 ke atas
© Hakcipta Terpelihara 2024 . Portal Rasmi Yayasan Terengganu