KUALA TERENGGANU, 15 Nov – “Pendedahan teknik Design Thinking amat penting dalam diri para penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan yang
terbaik
kepada pelanggan” kata YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu dalam Perasmian Kursus Design Thinking Masterclass 2022 Yayasan Terengganu.
Kursus kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara, Bukit Kiara yang diadakan di Dewan Besar Yayasan Terengganu selama dua hari ini adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta berkenaan dengan teknik Design Thinking serta memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan langkah-langkah teknik Design Thinking dalam penyelesaian masalah melalui kaedah tugasan lapangan.
Kursus berkenaan disampaikan oleh YM. Syed Mohamad Al Adros bin Tuan Muning, Perunding Latihan Kanan,Kluster Pengajian Pembangunan (Pengurusan dan Inovasi) dan Dr. Norasyikin binti Shaikh Ibrahim, Perunding Latihan Kanan,Kluster Pengajian Pembangunan (Pengurusan dan Inovasi).
Semoga kursus ini, dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta dapat dipraktikkan dalam meningkat mutu perkhidmatan Yayasan Terengganu.
Views: 12