28 Feb 2022 – MAJLIS AMANAT PENGARAH YAYASAN TERENGGANU BAGI PELAJAR SPM TAHUN 2021 DAN PENYAMPAIAN PENGHARGAAN KEPADA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
Majlis Amanat ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu dan turut hadir YBhg. Dr Hashim Azmi bin Hashim Timbalan Pengarah Pendidikan, YM Sharifah Fatzhiyah binti Syed Ahmad Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Pendidikan, Encik Mohd Rozaizam bin Yusof Pegawai Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (AYTK), dan Tuan Haji Rohaimi bin Jusoh Pengerusi Persatuan Alumni Penghuni AYTK.
Majlis ini juga diadakan bertujuan untuk meraikan 22 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 02 Mac 2022.
Selamat maju jaya diucapkan kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM Tahun 2021.
#yayasanterengganu
#membangunilaimerintiskejayaan
#jubliemasyayasanterengganu
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 3