28 Feb – Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah,Pendidikan & Pengajian Tinggi, YB Haji Satiful Bahari bin Mamat hadir ke SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu diiringi oleh Pengarah Yayasan Terengganu ,YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham bagi melawat pelajar-pelajar SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang yang telah dipindahkan akibat banjir.
Seramai 63 orang pelajar SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang ditempatkan di penempatan sementara pelajar di SM Imtiaz Kuala Terengganu.
Semoga semuanya dipermudahkan dan semua pelajar serta staf yang terlibat dengan banjir diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menempuh ujian ini.
Views: 3