26 Feb 2022 – Program ini diadakan sempena Sambutan 50 Tahun Yayasan Terengganu yang melibatkan 60 buah kenderaan dan seramai 240 orang peserta. Program ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu. Turut hadir menjayakan program ini YBrs. Dr. Haji Hashim Azmi bin Che Noh, Timbalan Pengarah(Pendidikan), YBrs. Tuan Haji Mazlan bin Che Wil, Timbalan Pengarah(Operasi) serta pegawai-pegawai kanan Yayasan Terengganu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pengurusan Yayasan Terengganu dan semua yang terlibat di atas kejayaan dalam menganjurkan program ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penaja dan peserta yang terlibat menjayakan program ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Views: 21