23 DISEMBER 2021 – Yayasan Terengganu telah berjaya menerbit dan melancarkan Pelan Antirasuah (OACP) Yayasan Terengganu 2022-2026 yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu bertempat di Dewan Besar, Yayasan Terengganu. Turut serta bagi memeriahkan majlis pelancaran PKPj Tuan Sofian bin Harun (Timbalan Pengarah Pencegahan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu), dan Encik Harisham bin Ibrahim (wakil Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia).
Yayasan Terengganu adalah salah satu agensi yang terawal yang berjaya menyiapkan Pelan Antirasuah (OACP) Yayasan Terengganu 2022-2026 dimana Yayasan Terengganu telah menggubal 6 bidang keutamaan, 6 strategi utama dan 158 inisiatif sebagai panduan yang jelas untuk seluruh warga Yayasan Terengganu.
Diharapkan warga Yayasan Terengganu dapat memanfaatkan penghasilan Pelan Antirasuah (OACP) Yayasan Terengganu 2022-2026 ini untuk meningkatkan lagi integriti serta kecekapan jabatan dan seterusnya dapat meningkatkan lagi kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap Yayasan Terengganu sebagai sebuah agensi yang tinggi nilai integritinya sekaligus menjadikan Yayasan Terengganu budaya kerja yang bersih selaras dengan saranan Kerajaan Negeri.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Integriti Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Antirasuah Malaysia (SPRM) Terengganu yang telah banyak membantu Yayasan Terengganu merealisasikan Pelan Antirasuah ini dengan jayanya.
Views: 24