YAYASAN TERENGGANU mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan aktif dalam aktiviti kokurikulum serta ingin cemerlang dalam akademik untuk memohon penempatan di Asrama Yayasan Terengganu Kemaman bagi sesi persekolahan Tingkatan 1 Tahun 2022. Tawaran ini terbuka kepada calon-calon yang memiliki syarat-syarat seperti berikut :
Permohonan adalah secara ONLINE bagi Tingkatan Satu ini akan dibuka bermula pada 29 NOVEMBER 2021.
Permohonan dan semakan permohonan boleh dibuat dari masa ke semasa melalui laman web ytklik.terengganu.gov.my/application/13/online. Pihak pengurusan berhak menolak permohonan ini sekiranya didapati tidak memenuhi syarat-syarat sebagaimana di atas.
Permohonan yang telah lengkap hendaklah DICETAK dan disimpan untuk rekod rujukan pemohon, terima kasih.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 26 DISEMBER 2021.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :
Bahagian Pembangunan Pendidikan
YAYASAN TERENGGANU
Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-6221733 / 1857 / 1858
Faks. : 09-6232944
Emel : info@maxoilonline.my
PROGRAM PENERAJU TUNAS BRIDGE GEMILANG AYT 2021
Penaja Program | YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA | ||||||
Sasaran Peserta | Pelajar yang menetap di Asrama Yayasan Terengganu Kemaman | ||||||
Fokus | Pelajar akan menerima manfaat dari program ini melalui ;
1. Academic Assistance Programme (AAP) ; 60 jam/tahunan 2. Nurture and Development Programme (NDP) ; 60 jam/tahunan 3. Digital Literasi Programme (DLP) ; 18 jam/tahunan |
||||||
Penerangan | 1. Academic Assistance Programme (AAP)
Program sokongan literasi yang menumpukan kepada penguasaan dan pengukuhan pengetahuan peserta di dalam Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, modul yang dirangka adalah tidak berdasarkan silibus persekolahan. 2. Nurture and Development Programme (NDP) Program yang akan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan kesedaran matlamat, pengukuhan kemahiran sahsiah murid melalui penerapan modul yang dirangka sebagai persediaan awal sebelum mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau mendapatkan pekerjaan 3. Digital Literacy Programme (DLP) Program yang akan memberikan pendedahan awal dalam menggunakan aplikasi asas digital seperti documentation, spreadsheet dan presentation. |
||||||
Modul/Aktiviti |
|
||||||
Tempoh Masa | 3 Tahun bermula Disember 2021 |
Views: 224