Sekalung penghargaan diucapkan kepada Saudari Nurul Fatin Nabihah, anak kelahiran Terengganu yang telah mendapat tempat pertama di Malaysia dan ke-7 terbaik dunia untuk kertas Strategic Business Reporting (SBR) bagi Peperiksaan ACCA Tahun 2021.
Ucapan ribuan terima kasih juga kepada Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar diiringi YB Haji Satiful Bahari Bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi serta Ybhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu di atas kesudian menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM3000.00 dan Sijil Penghargaan kepada Saudari Nurul Fatin Nabihah di kediaman rasmi YAB MB, Seri Iman.
Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan lain yang lebih membanggakan di masa akan datang.
Views: 1