• info@yt.gov.my
  • +609-621 1800 / +609-621 1801

Berita Terkini

PERMOHONAN ANUGERAH SARJANA TERENGGANU TAHUN 2020

PENGURUSAN YAYASAN TERENGGANU TELAH BERSETUJU UNTUK MEMBERI ANUGERAH SARJANA TERENGGANU SEBAGAI PENGIKTIRAFAN KEPADA ANAK TERENGGANU YANG CEMERLANG DI PERINGKAT PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA DAN MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.
GRADUAN LEPASAN IJAZAH SARJANA MUDA DALAM DAN LUAR NEGARA BAGI YANG TELAH MELENGKAPKAN PENGAJIAN PADA TAHUN 2020 ADALAH DIPELAWA UNTUK MEMOHON

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :

a)    Pemohon/graduan adalah penerima Anugerah peringkat Universiti dalam Majlis Konvokesyen Universiti/Pusat Pengajian Tahun 2020 secara individu (peringkat fakulti TIDAK diambil kira);
b)    Ibu atau bapa/penjaga pemohon/graduan lahir di Negeri Terengganu; ATAU
c)    Ibu atau bapa/penjaga pemohon/graduan bermastautin di negeri Terengganu secara terus menerus tidak kurang dari sepuluh (10) tahun dan mempunyai niat akan terus menetap di Terengganu dengan mengemukakan SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN;
d)    Ibu atau bapa pemohon/graduan mestilah PEMILIH BERDAFTAR DI DUN NEGERI TERENGGANU;
e)    Mod pembelajaran bagi IJAZAH SARJANA MUDA adalah SEPENUH MASA.

BORANG PERMOHONAN ANUGERAH SARJANA MUDA TAHUN 2020 BOLEH DIMUAT TURUN MELALUI LAMAN SESAWANG YAYASAN TERENGGANU  YANG BERMULA PADA 27 MEI 2021.

TUAN/PUAN DIKEHENDAKI MENGEMUKAKAN BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP DIISI KEPADA BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN YAYASAN TERENGGANU SETELAH MENERIMA PENGANUGERAHAN SERTA PENGESAHAN SECARA BERTULIS DARIPADA PIHAK UNIVERSITI.

Catatan : Bagi IPT yang belum melaksanakan majlis konvokesyen tahun 2020, permohonan adalah masih dibuka dan borang hendaklah dihantar selewat-lewatnya dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh majlis konvokesyen.

Untuk malumat lanjut sila hubungi :

Bahagian Pembangunan Pendidikan
YAYASAN TERENGGANU
Telefon : 09-6221733
Email : info@maxoilonline.my

Muat Turun Borang DISINI.

Views: 3

Statistik Pelawat
155696
Users Today : 358
Users This Month : 2803
Users This Year : 155695
Total Users : 155696
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Pembayaran Atas Talian
maybank
cimb
bsn
rhb
jom pay
terengganu pay (tpay)
Penafian: Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Careline : +609-621 1800 / +609-621 1801
Faks : +609-623 2944
Emel : info@yt.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 10 ke atas
© Hakcipta Terpelihara 2024 . Portal Rasmi Yayasan Terengganu
Skip to content