info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

MAJLIS PENYERAHAN “MOCK CHEQUE” KORIDOR UTILITI TEKNOLOGI TERENGGANU K...

15/12/2024

Facebook
MAJLIS PENYERAHAN “MOCK CHEQUE” KORIDOR UTILITI TEKNOLOGI TERENGGANU K...
MAJLIS PENYERAHAN “MOCK CHEQUE” KORIDOR UTILITI TEKNOLOGI TERENGGANU

Kuala Terengganu, 15 Disember - Hari ini sekali lagi menandakan satu acara penting bagi Yayasan Terengganu (YT) iaitu penerimaan sumbangan berjumlah RM 500,000.00 daripada Koridor Utiliti Teknologi Terengganu (KUTT) bersama Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi Program MBI-YT Youth Talent Scholarship.

Penyerahan sumbangan oleh YAB Menteri Besar Terengganu kepada YT ini adalah bagi membiayai pengajian peringkat tinggi (berbentuk biasiswa) kepada pelajar-pelajar cemerlang Anak Negeri Terengganu yang terpilih.

Komitmen kontribusi oleh KUTT dalam bidang pendidikan ini akan memastikan lebih ramai para pelajar cemerlang di negeri ini mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian seterusnya menyumbang pada kesejahteraan Negeri Terengganu di masa akan datang.




Galeri

: 0