info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗞𝗘 𝗦𝗠𝗜𝗬𝗧 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨...

03/11/2026

Facebook
𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗞𝗘 𝗦𝗠𝗜𝗬𝗧 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨...
𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗞𝗘 𝗦𝗠𝗜𝗬𝗧 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Terengganu berbesar hati menerima kunjungan rasmi Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kepimpinan Yayasan Terengganu dalam memperkukuh tadbir urus, memantapkan pengurusan serta memperkasa kecemerlangan pendidikan Imtiaz.

Kunjungan ini merangkumi sesi perjumpaan bersama calon SPM Imtiaz Kuala Terengganu 2026, Mesyuarat Pengurusan Imtiaz Bil. 2/2026 serta Majlis Perasmian Bilik SEM SMIYT Kuala Terengganu.

Platform ini turut menjadi ruang strategik untuk memperkukuh penyelarasan pengurusan, meneliti perkembangan semasa serta menyelaras hala tuju dan inisiatif pembangunan pendidikan Imtiaz secara menyeluruh.

Semoga kunjungan ini terus menyuntik semangat dan komitmen seluruh warga Imtiaz untuk mempertingkatkan kualiti penyampaian pendidikan serta melakar kecemerlangan yang lebih bermakna dalam melahirkan generasi Ulul Albab.




Galeri

: 3