info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑 𝟐 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄 𝐋𝐈𝐁...

27/10/2026

Facebook
𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑 𝟐 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄 𝐋𝐈𝐁...
𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑 𝟐 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄 𝐋𝐈𝐁𝐘𝐀

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥 | 𝟮6 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu meneruskan usaha membuka peluang pendidikan di peringkat antarabangsa apabila menghantar dua orang pelajar anak Terengganu ke Libya bagi melanjutkan pengajian dalam bidang Dakwah Islamiah di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Menariknya, penghantaran kali ini merupakan penghantaran pertama pelajar Yayasan Terengganu ke Libya, sekali gus membuka lembaran baharu dalam usaha memperluas destinasi pengajian luar negara buat anak-anak negeri ini.

Kedua-dua pelajar berkenaan akan mengikuti pengajian di Universiti Antarabangsa Dakwah Islamiah menerusi Skim Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Terengganu, yang menyediakan peluang kepada anak-anak Terengganu untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Peluang ini bukan sekadar ruang untuk menimba ilmu, malah menjadi platform buat para pelajar mengenali budaya dan masyarakat setempat, memperluas pengalaman serta membina kematangan sebagai mahasiswa di peringkat antarabangsa.

Semoga kedua-dua pelajar ini dipermudahkan segala urusan, diberikan kekuatan sepanjang menuntut ilmu dan pulang kelak dengan membawa manfaat kepada agama, masyarakat serta negeri Terengganu.

Langkah ini diharap menjadi permulaan kepada lebih banyak peluang pendidikan di Libya, khususnya dalam bidang Pengajian Islam, untuk generasi anak Terengganu pada masa akan datang.




Galeri

: 14