info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝟱,𝟭𝟲𝟭 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛 𝗜𝗠𝗧𝗜𝗔𝗭 𝗬𝗔...

27/10/2026

Facebook
𝟱,𝟭𝟲𝟭 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛 𝗜𝗠𝗧𝗜𝗔𝗭 𝗬𝗔...
𝟱,𝟭𝟲𝟭 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛 𝗜𝗠𝗧𝗜𝗔𝗭 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟳

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟮𝟱–𝟮𝟳 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲

Alhamdulillah, sebanyak 5,161 permohonan telah diterima bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Tahun 2027.

Jumlah permohonan ini mencerminkan sambutan dan kepercayaan ibu bapa serta masyarakat terhadap institusi pendidikan Imtiaz Yayasan Terengganu yang mengintegrasikan kecemerlangan akademik, penguasaan al-Quran dan pembentukan sahsiah unggul.

Ujian Kemasukan Tingkatan Satu (1) Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2027 berlangsung di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Yayasan Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa serta penjaga atas kepercayaan yang diberikan, di samping seluruh petugas, urus setia dan pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan ujian kemasukan ini.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan semua calon diberikan ketenangan serta kejayaan dalam menghadapi ujian.

IMTIAZ – MELAHIRKAN GENERASI ULUL ALBAB





Galeri

: 14