Facebook
KUALA TERENGGANU, 27 Nov - Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu hari ini telah bersama anak-anak pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu dari seluruh daerah yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang bakal bermula awal Disember bagi ujian lisan dan awal Januari bagi ujian bertulis.
Majlis Amanat Pelajar SPM & STPM 2024 bersama Pengarah YT yang diadakan di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu ini turut dihadiri oleh guru-guru tingkatan lima dan enam seluruh SMIYT. Majlis berkenaan dimulakan dengan sesi Taklimat oleh Bahagian Penajaan YT yang disampaikan oleh Encik Azwandi bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah (Penajaan) Yayasan Terengganu.
Seterusnya, majlis berkenaan diteruskan dengan Sesi Amanat YBrs. Tuan Pengarah YT dalam menyuntik semangat anak-anak pelajar.
Dalam majlis berkenaan, turut dihadiri oleh Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah (Pendidikan) YT, pegawai-pegawai YT serta barisan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.
Semoga majlis ini dapat memberikan semangat kepada anak-anak pelajar untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM & STPM akan datang.
#yt2024
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani

Galeri
: 0