Facebook
𝟐,𝟎𝟎𝟔 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐃𝐔𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟏 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕
𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗡𝗘𝗥𝗨𝗦 | 𝟮𝟲 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲
Yayasan Terengganu berjaya melaksanakan Sesi Temu Duga Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu bagi sesi persekolahan tahun 2027 yang berlangsung selama tiga hari di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.
Sesi temu duga ini melibatkan calon dari seluruh negara yang telah melepasi saringan Ujian Kemasukan, dengan seramai **2,006 orang calon** hadir bagi menjalani proses penilaian mengikut jadual yang ditetapkan.
Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab turut hadir meninjau perjalanan sesi temu duga bagi memastikan kelancaran serta pengurusan proses pemilihan murid baharu berjalan dengan teratur, sistematik dan berkesan.
Yayasan Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana, panel temu duga, petugas serta pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Penghargaan turut diberikan kepada ibu bapa dan penjaga atas kepercayaan serta sokongan sepanjang proses ini berlangsung.
Pelaksanaan sesi temu duga ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan Terengganu dalam memperkukuh kecemerlangan pendidikan serta melahirkan generasi Ulul Albab yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.
Membangun Nilai, Merintis Kejayaan
#yt2026
#MembanguNilaiMerintisKejayaan #TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMADANI

Galeri
: 3