Facebook
𝐑𝐌𝟒𝟓𝟒,𝟖𝟎𝟎 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟖𝟓𝟐 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔
𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟮𝟲 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲
Kerajaan Negeri Terengganu terus memberikan komitmen dalam memperkasakan agenda pendidikan dengan menyalurkan dana insentif berjumlah RM454,800.00 menerusi Yayasan Terengganu bagi mengiktiraf seramai 852 orang pelajar cemerlang negeri ini. Pengiktirafan berprestij itu disampaikan dalam Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu Kali Ke-46 serta Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM serta Anugerah Sarjana Terengganu Tahun 2026 yang disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Kuala Terengganu hari ini, dengan disaksikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Dato' Haji Mohd Nor bin Hamzah.
Kemuncak majlis tersebut menyaksikan pengiktirafan tertinggi Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu diberikan kepada tokoh pelajar terpilih yang masing-masing membawa pulang pingat emas, wang tunai RM4,000.00, komputer tablet, blazer rasmi serta sijil penghargaan, selain penganugerahan Anugerah Sarjana Terengganu dan pelbagai anugerah khas kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi yang cemerlang dalam bidang akademik serta kepimpinan. Pada masa yang sama, seramai 626 orang calon SPM Semua A, 192 orang penerima STPM cemerlang serta 20 orang penerima STAM Mumtaz turut diraikan menerusi agihan insentif tunai sebagai penghargaan atas pencapaian luar biasa mereka.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah, para ibu bapa, serta warga pendidik yang menjadi tulang belakang kejayaan ini, dan semoga pengiktirafan ini terus menyuntik semangat anak-anak Terengganu untuk melakar kecemerlangan dari segi intelek, sahsiah dan kepimpinan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#yt2026
#MembanguNilaiMerintisKejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani

Galeri
: 3