info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐋𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐃𝐄𝐒𝐀𝟐𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐄 𝐊𝐄 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐 𝐂𝐄𝐓𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆...

14/11/2026

Facebook
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐋𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐃𝐄𝐒𝐀𝟐𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐄 𝐊𝐄 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐 𝐂𝐄𝐓𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆...
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐋𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐃𝐄𝐒𝐀𝟐𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐄 𝐊𝐄 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐 𝐂𝐄𝐓𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥 | 𝟭𝟰 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu telah menganjurkan Program Eksplorasi Ilmu Desa2Inspire ke Kuala Lumpur Siri 2 selama empat hari tiga malam dengan melibatkan seramai 54 orang pelajar daripada tujuh buah sekolah pedalaman di daerah Besut dan Setiu.

Program ini bertujuan membuka ruang kepada pelajar luar bandar B40 untuk meneroka pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah, di samping memberi peluang kepada mereka mengenali persekitaran, suasana dan pengalaman baharu khususnya di ibu negara.

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik serta mengadakan lawatan ke beberapa lokasi pilihan yang bukan sahaja memberi pendedahan ilmu dan pengetahuan, malah turut memperkaya pengalaman serta meningkatkan keyakinan diri mereka.

Pelbagai pengalaman yang dilalui sepanjang empat hari tiga malam ini pastinya menjadi kenangan manis dan bermakna buat setiap peserta. Pendedahan sebegini diharap dapat menyuntik semangat serta motivasi kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

Melalui penganjuran Program Desa2Inspire ini, Yayasan Terengganu terus komited dalam memperluas peluang pendidikan dan memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih menyeluruh kepada pelajar, khususnya mereka yang berasal dari kawasan pedalaman.




Galeri

: 8