Facebook
"𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 : 𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐔𝐁𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝟏𝟗 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔"
𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟮𝟰 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲
Yayasan Terengganu terus membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasakan pembangunan modal insan negeri apabila memperuntukkan pembiayaan berjumlah RM3.16 juta menerusi Skim Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bagi membiayai 19 pelajar anak tempatan yang bakal melanjutkan pengajian ke China dan Tunisia.
Inisiatif berkenaan diraikan menerusi Majlis Apresiasi Penerima Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Terengganu Ke China Dan Tunisia Tahun 2026 yang berlangsung penuh Dewan Besar Yayasan Terengganu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Dato' Haji Satiful Bahari bin Mamat.
Hadir sama ke majlis itu ialah Timbalan Pengarah (Pendidikan) YT, Tuan Haji Megat Samsuddin bin Megat Yusof; Timbalan Pengarah (Operasi) YT, Mohd Nazri bin Muda; Timbalan Rektor (Akademik & Pengantarabangsaan) UC TATi, Ts. Dr. Mohd Najib bin Muhamed serta barisan pegawai kanan Yayasan Terengganu.
Daripada jumlah keseluruhan penerima, seramai lapan orang pelajar ditawarkan pembiayaan PBU berjumlah RM2,287,720.00 untuk melanjutkan pengajian ke China. Mereka bakal menjalani kursus persediaan HSK selama 10 bulan di Guangzhou Huashang Vocational College sebelum menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Sains Komputer di Tianjin University bagi tempoh keseluruhan 4.5 tahun, dengan kos penajaan bernilai RM285,965.00 bagi setiap pelajar.
Sementara itu, seramai 11 orang pelajar lagi menerima sumbangan pembiayaan PBU berjumlah RM874,000.00 bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Ez-Zitouna University, Tunisia bagi tempoh empat tahun. Setiap pelajar menerima nilai penajaan berjumlah RM79,488.00 bagi menampung sepanjang tempoh pengajian di sana. Walau bagaimanapun, kadar nilai penajaan berkenaan adalah tertakluk kepada perubahan mengikut pertukaran mata wang asing semasa.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja memberikan suntikan semangat kepada para pelajar yang bakal berlepas, malah menjadi bukti kesungguhan Yayasan Terengganu dalam membuka ruang serta peluang pendidikan berkualiti tinggi di peringkat antarabangsa demi melahirkan generasi masa depan yang berdaya saing.
#yt2026
#MembanguNilaiMerintisKejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani