Facebook
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐋𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐄𝐒𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑
𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥 | 𝟭𝟰 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲
Yayasan Terengganu melalui Bahagian Pembangunan Pendidikan menganjurkan Program Eksplorasi Ilmu Pelajar Desa ke Kuala Lumpur selama 4 hari 3 malam bagi memberi pendedahan dan pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah kepada pelajar dari kawasan pedalaman.
Program berkenaan melibatkan 46 pelajar daripada tujuh buah sekolah di daerah Kemaman dan Dungun yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) serta mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
Pemilihan pelajar daripada sekolah-sekolah di kawasan pedalaman itu merupakan antara usaha Yayasan Terengganu dalam memperluas akses kepada pengalaman pendidikan berkualiti, di samping menyuntik motivasi kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik.
Sepanjang program, para pelajar berpeluang mengunjungi beberapa lokasi pendidikan, sains, teknologi dan tarikan utama di sekitar Kuala Lumpur, antaranya Tingkat 88 Menara KLCC, Petrosains, Aquaria KLCC serta Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT).
Lawatan tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar meneroka persekitaran baharu, malah turut memperkayakan pengetahuan dan membuka minda mereka terhadap peluang pendidikan serta kerjaya dalam pelbagai bidang.
Program berkenaan diharap dapat menjadi pemangkin kepada pelajar luar bandar untuk membina keyakinan diri, memperluas wawasan dan seterusnya menyemarakkan aspirasi mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
#yt2026
#MembanguNilaiMerintisKejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani