info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐„๐๐€๐’๐€๐ ๐€๐“๐‹๐„๐“ ๐’๐”๐Š๐Œ๐€ ๐„-๐’๐๐Ž๐‘๐“ & ๐Œ๐”๐€๐˜ ๐“๐‡๐€๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜...

17/08/2026

Facebook
๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐„๐๐€๐’๐€๐ ๐€๐“๐‹๐„๐“ ๐’๐”๐Š๐Œ๐€ ๐„-๐’๐๐Ž๐‘๐“ & ๐Œ๐”๐€๐˜ ๐“๐‡๐€๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜...
๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐„๐๐€๐’๐€๐ ๐€๐“๐‹๐„๐“ ๐’๐”๐Š๐Œ๐€ ๐„-๐’๐๐Ž๐‘๐“ & ๐Œ๐”๐€๐˜ ๐“๐‡๐€๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ | ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Majlis Pelepasan Atlet SUKMA E-Sport dan Muay Thai Terengganu telah berlangsung di Ar-Riyadah Residence, Majlis Sukan Negeri Terengganu dalam suasana penuh semangat dan motivasi sebagai persiapan para atlet menghadapi temasya SUKMA edisi tahun ini.

Yayasan Terengganu selaku Jabatan Angkat bagi sukan E-Sport SUKMA pada tahun ini turut memberikan sokongan padu kepada para atlet. YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu, berkesempatan menyampaikan amanat serta kata-kata semangat kepada para atlet agar terus fokus, berdisiplin dan memberikan persembahan terbaik demi mengharumkan nama Terengganu.

Sementara itu, Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu merupakan Jabatan Angkat bagi sukan Muay Thai. Turut hadir, YBhg. Datoโ€™ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Mantan Pegawai Kewangan Negeri, yang turut menyampaikan kata-kata semangat dan dorongan kepada para atlet.

Semoga seluruh atlet E-Sport dan Muay Thai Terengganu terus berjuang dengan penuh keyakinan, semangat kesukanan dan iltizam untuk mencapai kejayaan serta membawa pulang kejayaan buat negeri tercinta.

Selamat berjuang dan semoga sukses buat semua atlet SUKMA Terengganu!๐Ÿ†๐Ÿ”ฅ


Galeri