Facebook
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗛𝗙𝗜𝗭 𝗞𝗢𝗥𝗘𝗔 𝗦𝗠𝗜𝗬𝗧 𝗗𝗨𝗡𝗚𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗗𝗨𝗡𝗚𝗨𝗡 | 𝟭𝟲 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲
Alhamdulillah, Majlis Perasmian Program Tahfiz Korea Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun telah berlangsung dengan jayanya.
Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu dalam memperkukuh pendidikan multi-lingua, khususnya penguasaan Bahasa Korea secara berterusan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Inisiatif ini turut menekankan elemen Ensiklopedik bagi melahirkan pelajar yang menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa antarabangsa.
Penguasaan Bahasa Korea diyakini dapat membuka ruang yang lebih luas kepada para pelajar dalam bidang pendidikan, latihan industri, teknologi, kejuruteraan dan kerjaya di peringkat global, di samping memperkukuh identiti sebagai generasi huffaz yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Program ini menjadi satu lagi langkah strategik dalam memperkasa pendidikan holistik anak-anak Imtiaz, dengan menggabungkan hafazan al-Quran, ilmu akademik, penguasaan bahasa antarabangsa dan kemahiran masa hadapan.
Semoga Program Tahfiz Korea terus diperkasakan dan menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi huffaz yang unggul dari sudut agama, akademik, bahasa dan kemahiran, seterusnya mampu membawa nilai-nilai Islam ke persada global.
#yt2026
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani
#imtiazthebestschoolintheworld