info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐊 𝐃𝐄𝐌𝐎𝐊𝐑𝐀𝐓𝐈𝐊 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐀𝐋𝐆𝐄𝐑𝐈𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋...

25/07/2026

Facebook
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐊 𝐃𝐄𝐌𝐎𝐊𝐑𝐀𝐓𝐈𝐊 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐀𝐋𝐆𝐄𝐑𝐈𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋...
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐊 𝐃𝐄𝐌𝐎𝐊𝐑𝐀𝐓𝐈𝐊 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐀𝐋𝐆𝐄𝐑𝐈𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥 | 𝟮𝟰 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲

Kunjungan hormat Delegasi Kerajaan Negeri Terengganu ke Pejabat Kedutaan Republik Demokratik Rakyat Algeria di Malaysia. Delegasi kali ini yang diketuai oleh YB. Dr Muhammad Khalil bin Abdul Hadi, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah, dan Pemerkasaan Syariah adalah bagi bertujuan memperkasakan lagi kerjasama antara kedua-dua belah pihak dalam memastikan proses penghantaran pelajar-pelajar anak Terengganu yang akan menyambung pengajian ke Algeria dapat berjalan dengan lancar.

Turut bersama-sama dalam delegasi berkenaan YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu, Tuan Haji Mohd Zaini bin Mohd Nor, Pengarah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu, Ts. Dr. Mohd Najib bin Muhamed, Timbalan Rektor (Akademik & Pengantarabangsaan) UC TATI, serta pegawai-pegawai Kanan Yayasan Terengganu.



Galeri