Facebook
𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟𝗜𝗦𝗠𝗘 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗧𝗜𝗔𝗭 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗣𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛 𝗜𝗠𝗧𝗜𝗔𝗭 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨
𝟮𝟯 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗥𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚
Yayasan Terengganu telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemantapan Profesionalisme Pengurusan Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Julai 2026 di Delima Resort Redang, Pulau Redang.
Bengkel ini menghimpunkan barisan kepimpinan dan pengurusan SMIYT sebagai platform untuk memperkukuhkan profesionalisme, memperkasa kepimpinan serta menyelaras hala tuju pengurusan sekolah dalam mendukung aspirasi pendidikan Yayasan Terengganu.
Sepanjang penganjuran, para peserta mengikuti pelbagai sesi pengisian yang memberi penekanan kepada pemahaman sejarah dan falsafah penubuhan Imtiaz, pengukuhan konsep Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik dalam pelaksanaan Kurikulum Ulul Albab, pembinaan Generasi Makrifatullah, pemantapan aspek pengurusan dan kepimpinan sekolah serta bengkel transformasi yang diakhiri dengan pembentangan pelan tindakan bagi memperkukuhkan kecemerlangan setiap SMIYT.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan Yayasan Terengganu dalam memperkasakan kepimpinan pendidikan yang berwibawa, progresif dan berdaya saing, selaras dengan usaha melahirkan generasi Ulul Albab yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kepimpinan berteraskan nilai-nilai Islam.
Yayasan Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penceramah, fasilitator, urus setia dan peserta atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu, pengalaman dan perancangan strategik yang dihasilkan melalui bengkel ini dapat diterjemahkan kepada tindakan yang berimpak tinggi demi memperkukuhkan kecemerlangan Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu pada masa hadapan.
"Memperkasa Kepimpinan, Memacu Transformasi, Melahirkan Generasi Ulul Albab."
#YayasanTerengganu
#IMTIAZ
#SMIYT
#Profesionalisme
#KepimpinanPendidikan
#UlulAlbab #TerengganuMajuBerkatSejahtera