Facebook
𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐅𝐀𝐊𝐔𝐋𝐓𝐈 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐏𝐒𝐈
𝟭𝟯 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨
Yayasan Terengganu hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang disambut oleh Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu, YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi.
Kunjungan tersebut menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama dalam bidang pendidikan, penyelidikan, pembangunan bakat serta pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada pelajar dan masyarakat.
Yayasan Terengganu mengalu-alukan jalinan kerjasama yang lebih erat bersama institusi pengajian tinggi bagi memperkasakan agenda pembangunan modal insan serta kecemerlangan pendidikan demi manfaat generasi masa hadapan.
#yt2026
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani