Facebook
โ๐๐๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฌ๐๐๐๐ซ๐๐ง ๐๐ข๐๐๐ซ: ๐๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ง๐ข ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐๐๐ฆโ
๐ต ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐ป๐
Yayasan Terengganu hari ini menganjurkan โWacana Kesedaran Siber: Tangani Panggilan Scam, Lindungi Wang dan Data Andaโ sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman jenayah siber yang semakin membimbangkan.
Inspektor Nor Hidalwati binti Muda, Pegawai Penyiasat Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu telah dijemput sebagai penceramah wacana tersebut.
Sepanjang sesi perkongsian, kakitangan diberi pendedahan mengenai taktik terkini sindiket penipuan atau โscamโ, termasuk panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai agensi kerajaan, pihak bank dan syarikat perkhidmatan. Peserta turut didedahkan dengan langkah-langkah mengenal pasti modus operandi penjenayah serta tindakan yang perlu diambil sekiranya menerima panggilan atau mesej yang mencurigakan.
Selain itu, penceramah turut menekankan kepentingan menjaga kerahsiaan maklumat peribadi dan data kewangan, di samping mengingatkan orang ramai agar tidak sesekali berkongsi kata laluan, nombor TAC atau maklumat perbankan dengan mana-mana pihak yang tidak dikenali.
Penganjuran wacana ini selaras dengan usaha berterusan bagi meningkatkan literasi keselamatan siber dalam kalangan masyarakat memandangkan jenayah penipuan dalam talian merupakan antara ancaman utama yang mengakibatkan kerugian kewangan kepada mangsa.
Melalui program ini, Yayasan Terengganu berharap peserta dapat meningkatkan tahap kewaspadaan dan menjadi ejen penyebar maklumat kepada keluarga serta komuniti dalam usaha bersama membendung jenayah siber dan melindungi wang serta data peribadi.
#yt2026
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani