Facebook
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐀𝐋𝐀𝐌) 𝐊𝐄 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔
Akademi Laut Malaysia (ALAM) merupakan institusi latihan maritim terkemuka negara yang menawarkan pelbagai program pendidikan dan latihan dalam bidang maritim, perkapalan, logistik serta industri berkaitan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa.
Kunjungan hormat pihak ALAM ke Yayasan Terengganu yang disambut oleh Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Pendidikan) Yayasan Terengganu, YBrs. Tuan Haji Othman bin Ngah bagi membincangkan dan meneroka peluang kerjasama strategik, khususnya berkaitan penajaan dan bantuan pendidikan kepada anak-anak Terengganu yang berpotensi untuk mengikuti program pengajian yang ditawarkan oleh ALAM.
Lawatan ini juga diadakan sebagai lawatan balas susulan kunjungan pihak Yayasan Terengganu ke ALAM pada bulan April yang lalu serta sebagai kesinambungan kepada perbincangan awal mengenai peluang kerjasama dalam pembangunan modal insan maritim negeri Terengganu. Delegasi Alam di ketuai oleh Encik Ismaida Zamri bin Ismail, MD Ceo of Malaysia Maritime Academy Sdn Bhd.