info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏 (𝐙𝐎𝐍 𝐁) 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀...

30/06/2026

Facebook
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏 (𝐙𝐎𝐍 𝐁) 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀...
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏 (𝐙𝐎𝐍 𝐁) 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍

𝟮𝟵 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗕𝗘𝗦𝗨𝗧

Yayasan Terengganu melalui Program S.T.E.M Outreach Workshop Fasa 1 (Zon 😎 Tahun 2026 yang diadakan di Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Besut terus komited memperkasa pendidikan STEM dalam kalangan pelajar negeri Terengganu.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah (Penajaan) Yayasan Terengganu, Encik Azwandi bin Mohamad. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pembelajaran interaktif dan aplikasi teknologi semasa.

Pelaksanaan program ini turut mendapat kerjasama strategik daripada pelbagai agensi dan institusi pendidikan termasuk JPNT, JPINT, UMT, UniSZA, UiTM Cawangan Terengganu, Kolej Universiti TATI serta sekolah-sekolah yang terlibat.

Diharapkan program ini dapat menyemai minat, meningkatkan kesedaran serta melahirkan lebih ramai generasi muda yang berdaya saing, inovatif dan cemerlang dalam bidang STEM demi pembangunan negeri dan negara pada masa hadapan.




Galeri