Facebook
𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
𝟮𝟵 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨
Yayasan Terengganu hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yayasan Inovasi Malaysia sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan inovasi, pendidikan dan pembangunan modal insan.
Kunjungan daripada Yayasan Inovasi Malaysia disambut oleh Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu, YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof menjadi platform kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai inisiatif yang berpotensi dilaksanakan secara bersama, khususnya dalam memperkasakan budaya inovasi serta melahirkan masyarakat yang kreatif dan berdaya saing.
Selain membincangkan hala tuju kerjasama pada masa hadapan, sesi tersebut turut memberi ruang kepada kedua-dua organisasi berkongsi pengalaman, kepakaran dan amalan terbaik dalam pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada komuniti.
Yayasan Terengganu berharap jalinan kerjasama yang terjalin menerusi kunjungan hormat ini akan membuka lebih banyak peluang untuk melaksanakan program berimpak tinggi demi manfaat rakyat serta menyokong agenda pembangunan negeri dan negara.
#yt2026
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani