Facebook
𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗜𝗗𝗨𝗟 𝗜𝗟𝗠𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗥𝗔𝗜, 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗚𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗨𝗟𝗨𝗟 𝗔𝗟𝗕𝗔𝗕 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣𝗔𝗡
MARANG, 20 Jun - Karnival Idul Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Marang. Sepanjang tiga hari penganjuran, seramai 272 murid daripada 8 buah sekolah Imtiaz telah menyertai pelbagai pertandingan yang menampilkan kecemerlangan dalam bidang hafazan, tilawah, nasyid, khat dan pidato pelbagai bahasa.
Karnival ini bukan sekadar medan pertandingan, malah platform untuk membentuk generasi Ulul Albab yang berteraskan nilai Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik, di samping mencungkil bakat, membina keyakinan diri serta melahirkan pelajar yang holistik dan berdaya saing.
Tahniah kepada semua peserta, pemenang, guru pembimbing dan urus setia yang telah menjayakan program ini. Semoga semangat kecemerlangan ilmu, sahsiah dan kepimpinan yang dipupuk melalui karnival ini terus menjadi pemangkin kejayaan warga Imtiaz pada masa hadapan.
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#membangunnilaimerintiskejayaan
#imtiazthebestschoolintheworld
#yayasanterengganu