info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐊𝐄𝐉 𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓...

21/05/2026

Facebook
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐊𝐄𝐉 𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓...
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐊𝐄𝐉 𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

𝟮𝟭 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Yayasan Terengganu telah menganjurkan Bengkel Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan pendidikan termasuk wakil Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Universi Malaysia Terengganu, Universiti Teknologi MARA, Para pengetua, guru penolong kanan Ulul Albab serta guru kaunselor sekolah-sekolah Imtiaz.

Bengkel ini menjadi platform penting bagi membincangkan hala tuju pakej mata pelajaran menengah atas di sekolah-sekolah Imtiaz selaras dengan keperluan pendidikan semasa yang lebih fleksibel, inklusif dan berorientasikan potensi murid.

Dalam ucapan perasmian, Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab menegaskan bahawa kecemerlangan Imtiaz dalam bidang Quranik, Ensiklopedik, dan Ijtihadik perlu terus diperkasakan. Namun begitu, cabaran semasa turut memerlukan pendekatan baharu khususnya dalam menyediakan lebih banyak pilihan aliran kepada murid.

Ketika ini, Imtiaz hanya menawarkan aliran STEM A di peringkat menengah atas. Keadaan ini menyebabkan sebahagian murid yang kurang memenuhi syarat dalam bidang STEM terpaksa meninggalkan sistem pendidikan Imtiaz walaupun telah lama dibentuk dengan budaya dan identiti Imtiaz.

Sehubungan itu, bengkel ini diadakan bagi mendapatkan pandangan serta cadangan terbaik ke arah penawaran pakej mata pelajaran yang lebih pelbagai tanpa mengabaikan identiti dan standard kecemerlangan Imtiaz sebagai institusi melahirkan generasi huffaz profesional.

Semoga segala hasil perbincangan yang dicapai mampu menjadi asas kepada penambahbaikan sistem pendidikan Imtiaz demi memastikan setiap murid terus mendapat peluang berkembang mengikut potensi dan kecenderungan masing-masing.





Galeri