Facebook
𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝟓𝟒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔: 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐉𝐀𝐓 & 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍
𝟭𝟵 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨
Yayasan Terengganu (YT) telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-54 dalam suasana penuh kesyukuran dan ukhuwah.
Majlis yang berlangsung dengan kehadiran warga kerja Yayasan Terengganu itu bertujuan memohon keberkatan, kesejahteraan serta kejayaan berterusan buat organisasi ini dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat serta anak-anak Terengganu.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, bersama barisan pengurusan tertinggi dan kakitangan YT.
Program dimulakan dengan solat hajat berjemaah sebelum diteruskan dengan bacaan Yasin. Penganjuran majlis ini juga menjadi platform bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja di samping menyemarakkan sambutan ulang tahun penubuhan Yayasan Terengganu yang telah menjangkau lebih lima dekad.
Sepanjang 54 tahun penubuhannya, Yayasan Terengganu terus komited memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan dan kebajikan rakyat negeri ini menerusi pelbagai inisiatif serta bantuan yang disalurkan kepada pelajar dan masyarakat.