info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐘𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐔𝐌𝐓 𝟲 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮...

06/05/2026

Facebook
𝐘𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐔𝐌𝐓 𝟲 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮...
𝐘𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐔𝐌𝐓

𝟲 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂

Yayasan Terengganu (YT) terus komited dalam memperluas jaringan kerjasama strategik bagi memperkasa agenda pendidikan negeri menerusi penerimaan kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini.

Kunjungan tersebut yang diketuai oleh Pengarah Pusat Asasi STEM UMT, YBrs. Profesor Madya Dr. Laili binti Che Rose, menjadi platform penting kepada YT untuk membincangkan potensi kerjasama dua hala yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.

Dalam sesi perbincangan itu, pihak YT memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh hubungan strategik yang mampu menyokong pembangunan modal insan, khususnya dalam kalangan anak-anak Terengganu. Antara fokus utama adalah pelaksanaan program-program pendidikan yang lebih tersusun, inklusif dan berorientasikan masa hadapan.

YT turut menzahirkan komitmen berterusan untuk memastikan setiap inisiatif yang dirancang mampu memberikan akses pendidikan berkualiti serta peluang pembangunan diri yang lebih luas kepada pelajar negeri ini.

Melalui jalinan kerjasama ini, YT optimis dapat memperhebatkan lagi peranannya sebagai peneraju dalam pembangunan pendidikan negeri, sejajar dengan aspirasi melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan berkemahiran tinggi.




Galeri