info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐐𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐐𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐑𝐞𝐫𝐮𝐚𝐢 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝟭𝟳 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹...

18/04/2026

Facebook
𝐐𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐐𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐑𝐞𝐫𝐮𝐚𝐢 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝟭𝟳 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹...
𝐐𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐐𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐑𝐞𝐫𝐮𝐚𝐢 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮

𝟭𝟳 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗡𝗘𝗥𝗨𝗦

Qari dan Qariah Negeri Terengganu berkesempatan melawat reruai Yayasan Terengganu sempena penganjuran Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H / 2026M yang berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini.

Antara yang hadir ialah Qari, Abdul Hadi bin Che Abd Halim dan Qariah, Nor Jannah binti Abd Rahman yang mewakili negeri Terengganu Darul Iman dalam pertandingan berprestij tersebut. Kehadiran mereka disambut mesra oleh warga Yayasan Terengganu di reruai pameran yang disediakan sepanjang program berlangsung.

Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan merupakan platform penting dalam memperkasa syiar Islam serta mencungkil bakat qari dan qariah terbaik dari seluruh negara.

Yayasan Terengganu turut mendoakan kemenangan serta kejayaan buat kedua - dua insan hebat ini dalam pertandingan akhir pada malam ini, sekaligus mengharumkan nama Terengganu di persada negara.

Kalam Ilahi, Tradisi Diwarisi

Galeri