Facebook
𝐘𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐓𝐈𝐌, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐌
𝟵 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔
Yayasan Terengganu (YT) terus memperluaskan jaringan kerjasama strategik apabila mengadakan lawatan ke Akademi Laut Malaysia (ALAM) bagi meneroka peluang penajaan baharu dalam bidang maritim.
Delegasi YT yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pendidikan), YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin telah disambut oleh Pengarah Pusat Latihan Profesional ALAM, Kapten Adam bin Matahar dalam sesi kunjungan yang berlangsung di kampus ALAM, Melaka.
Lawatan tersebut bertujuan membuka ruang kerjasama antara kedua-dua pihak, khususnya dalam mengenal pasti potensi penajaan pendidikan dalam sektor maritim yang dilihat mempunyai prospek kerjaya berimpak tinggi.
Selain itu, inisiatif ini juga dilihat sebagai langkah proaktif YT dalam menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Terengganu untuk mempelbagaikan bidang penajaan, selaras dengan keperluan industri semasa dan masa hadapan.
Melalui kerjasama strategik ini, YT berharap lebih ramai pelajar Terengganu berpeluang menceburi bidang maritim seterusnya menyumbang kepada pembangunan modal insan berkualiti tinggi.
#yt2026
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani