info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

๐Ÿ๐ŸŽ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† ๐Œ๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐๐ˆ๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐˜๐“-๐“๐ˆ ๐˜๐Ž๐”๐๐† ๐“๐€๐‹๐„๐๐“ ๐’๐‚๐‡๐Ž๐‹๐€๐‘๐’๐‡๐ˆ๐...

25/02/2026

Facebook
๐Ÿ๐ŸŽ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† ๐Œ๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐๐ˆ๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐˜๐“-๐“๐ˆ ๐˜๐Ž๐”๐๐† ๐“๐€๐‹๐„๐๐“ ๐’๐‚๐‡๐Ž๐‹๐€๐‘๐’๐‡๐ˆ๐...
๐Ÿ๐ŸŽ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† ๐Œ๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐๐ˆ๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐˜๐“-๐“๐ˆ ๐˜๐Ž๐”๐๐† ๐“๐€๐‹๐„๐๐“ ๐’๐‚๐‡๐Ž๐‹๐€๐‘๐’๐‡๐ˆ๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ๐Œ๐„

๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ

Seramai 20 pelajar cemerlang diraikan sebagai penerima Biasiswa YTโ€“TI Young Talent Scholarship Programme bagi sesi 2025/2026 dalam satu majlis apresiasi yang berlangsung di Tingkat 18, Wisma Darul Iman hari ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datoโ€™ Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan mewakili Yang Amat Berhormat Datoโ€™ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu yang menegaskan komitmen berterusan dalam pembangunan modal insan berkualiti tinggi sebagai teras utama kemajuan Terengganu. Pelaburan dalam pendidikan disifatkan sebagai strategi jangka panjang bagi melahirkan tenaga profesional tempatan yang berilmu, berkemahiran dan berintegriti.

Program biasiswa tersebut merupakan hasil kerjasama erat bersama Terengganu Incorporated serta syarikat anak dan rakan strategik yang konsisten menyumbang kepada pembangunan pendidikan negeri.

Antara penyumbang utama ialah EPIC Berhad, TDM Berhad, Syarikat Air Terengganu dan Ladang Rakyat Terengganu yang menyalurkan penajaan pendidikan mencecah jutaan ringgit setiap tahun sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka.

Para penerima biasiswa mengikuti pelbagai bidang kritikal termasuk farmasi, kejuruteraan, tenaga boleh diperbaharui, teknologi elektrik, sains kesihatan, aktuari dan perakaunan, selaras dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital.

Kerajaan Negeri berharap para pelajar akan memanfaatkan peluang yang diberikan, seterusnya kembali menyumbang kepakaran kepada pembangunan Terengganu pada masa hadapan.




Galeri