Facebook
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐆𝐀𝐑𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈
𝟮𝟱 𝗝𝗔𝗡𝗨𝗔𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨
Majlis Amanat Pengarah Yayasan Terengganu Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh bersemangat dan dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi serta seluruh warga kerja Yayasan Terengganu (YT).
Pengarah YT, YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab menzahirkan penghargaan atas dedikasi, integriti serta komitmen warga kerja sepanjang tahun 2025 yang telah melaksanakan tugas yang diamanahkan sekaligus mengharumkan nama YT di persada perkhidmatan awam negeri.
Dalam amanatnya, beliau menyeru seluruh warga YT agar terus mengamalkan budaya kerja berintegriti, profesional dan berpasukan serta sentiasa bersedia menghadapi perubahan demi memastikan YT terus kekal sebagai sebuah institusi kerajaan yang relevan serta dekat di hati rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.
Melangkah ke tahun 2026, Pengarah turut mengemukakan beberapa cadangan program baharu yang lebih berimpak tinggi, selari dengan keperluan semasa dan aspirasi kerajaan negeri. Antaranya yang pertama perluasan program biasiswa dan bantuan pendidikan dengan fokus kepada bidang-bidang kritikal seperti Kecerdasan Buatan (AI), STEM, Teknologi Digital, Kejuruteraan Penerbangan serta Keretapi.
Kedua, pendigitalan dan transformasi Sistem Pengurusan YT seiring dengan perkembangan teknologi untuk memastikan penyampaian YT lebih cekap, pantas dan mesra pengguna.
Ketiga, Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) adalah merupakan perkara yang utama selaras dengan keutamaan Pentadbiran Kerajaan Negeri.
Keempat, pemerkasaan pendidikan menengah khususnya bagi Sekolah Menengah Imtiaz serta Pusat-Pusat Pendidikan YT untuk meningkatkan prestasi serta kemenjadian murid secara holistik.
Pada majlis yang sama, Pengarah YT turut merasmikan pelancaran Kad Bisnes Digital Kakitangan Yayasan Terengganu, satu inisiatif pendigitalan yang bertujuan memperkukuh imej korporat organisasi serta memudahkan urusan komunikasi dan jaringan profesional dalam era digital.
#yt2026
#membangunnilaimerintiskejayaan
#MalaysiaMadani
#TerengganuMajuBerkatSejahtera