Facebook
𝟏𝟐 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐃𝐈𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑 𝐊𝐄 𝐀𝐋𝐆𝐄𝐑𝐈𝐀
𝟮𝟴 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮𝟱 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨
Seramai 12 orang pelajar tajaan Yayasan Terengganu bakal melanjutkan pengajian ke Emir Abdelkader University of Islamic Sciences, Constantine, Algeria di bawah Program Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah Yayasan Terengganu. Para pelajar tersebut diraikan dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Dewan Besar Yayasan Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu, hari ini.
Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Hajah Zuraida Binti Md. Noor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, sebagai tanda sokongan berterusan kerajaan negeri terhadap pembangunan pendidikan anak-anak Terengganu di peringkat antarabangsa.
Dalam majlis sama, para pelajar turut menerima wang pendahuluan sebagai persediaan awal sebelum berangkat ke Algeria bagi menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam. Sumbangan ini diharap dapat membantu melancarkan urusan awal pelajar serta memberi motivasi untuk mereka mencapai kecemerlangan akademik.
Yayasan Terengganu terus komited dalam menyediakan peluang pendidikan berkualiti melalui pelbagai inisiatif pembiayaan pendidikan, sejajar dengan usaha melahirkan modal insan berilmu dan berdaya saing demi kesejahteraan negeri dan negara.
#yt2025
#membangunnilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani

Galeri
: 0