info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐊 𝐀𝐈𝐑 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑...

18/12/2025

Facebook
𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐊 𝐀𝐈𝐑 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑...
𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐊 𝐀𝐈𝐑 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

𝟭𝟴 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗝𝗔𝗬𝗔

Yayasan Terengganu telah mengadakan satu tinjauan rasmi ke Pusat Latihan Teknikal Batik Air sebagai langkah strategik dalam meneroka potensi kerjasama pembangunan modal insan khususnya dalam bidang teknikal dan kejuruteraan penerbangan.

Tinjauan yang diketuai oleh Pengarah Yayasan Terengganu, Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab ini bertujuan mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai fasiliti latihan, struktur program, standard pensijilan serta keupayaan pusat latihan tersebut dalam melahirkan tenaga kerja teknikal yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam industri penerbangan.

Sepanjang lawatan tersebut, pihak Yayasan Terengganu telah diberikan taklimat terperinci berkaitan modul latihan, laluan kerjaya juruteknik pesawat, serta keperluan industri semasa yang menuntut tenaga mahir yang terlatih dan memenuhi piawaian antarabangsa. Lawatan ini turut membuka ruang perbincangan awal ke arah jalinan kerjasama strategik antara Yayasan Terengganu dan Batik Air dalam usaha menyediakan laluan pendidikan dan latihan yang lebih tersusun kepada anak-anak Terengganu.

Yayasan Terengganu komited untuk terus memperluas jaringan kerjasama dengan rakan industri strategik bagi memastikan peluang latihan, peningkatan kemahiran serta kebolehpasaran graduan sentiasa seiring dengan keperluan pasaran kerja semasa, khususnya dalam sektor berimpak tinggi seperti industri penerbangan dan penyelenggaraan pesawat.

Turut diadakan, satu majlis ringkas penyampaian iPad kepada pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang sedang mengikuti kursus juruteknik kapal terbang selama 2 tahun di pusat latihan Batik Air.

Diharapkan inisiatif seumpama ini dapat menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Terengganu dalam melahirkan modal insan berkualiti, berkemahiran tinggi dan mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi negeri dan negara.




Galeri

: 0